Sajak Salleh Ben Joned Kepada Latiff Mohidin



Oasis
oleh Salleh Ben Joned

In Latiff's terrace house in Lembah Keramat
there are many marvellous alcoves and arches.
Even the TV there's no common TV;
bats and butterflies dance out of the box.
Webs of light quiver lightly in the corner;
tigers prance, colours roar in the corridors;
and white horses, winged and wanton, whirl
in the dark secret attic of his world.

Amidst the dull labyrinth of this desert,
he creates his own oasis of the sacred.
Holding on the clew, gift of Ariadne,
he paints his way towards epiphanies.

* * *

Saya kongsi sajak ini bukan sebab saya seorang fan boy Salleh yang sejati. Saya kongsi sajak ini kerana saya seorang fan boy Latiff dan saya tinggal di Lembah Keramat. Saya baru tahu yang T. Alias Taib dan Latiff Mohidin pernah berjiran di kawasan ini. Sudah tentu mereka pernah bertemu, sudah tentu mereka pernah berkongsi meja kopi dan hembusan asap perbualan. Berdasarkan sajak di atas, saya kira Salleh juga pernah menjadi seorang fan boy Latiff. Sekarang siapa pun tidak tahu di manakah Salleh Ben Joned. Ramai yang ingin baca lagi sajaknya; tetapi mungkin Salleh sudah menemui oasisnya sendiri dan sedang berbahagia melihat perempuan gempal mengayun giling di sana.  
 
 

Comments

Popular Posts