Eka Kurniawan: Penulisan Klasik & Cult

Tamar Jalis: masih cult atau sudah menjadi klasik?

"Jangankan cult, definisi tentang “klasik” pun tak pernah benar-benar ada kesepakatan. Saya punya definisi sederhana untuk klasik ini: karya-karya yang dibaca dan akan terus dibaca dari generasi ke generasi. Tentu saja itu juga problematik, siapa yang membaca dan terus membaca?"

Barangkali golongan pembaca yang Eka Kurniawan maksudkan dalam tulisannya semakin pupus dan sukar ditemui. Tahun ini ialah ulang tahun kelima puluh buat novel Julio Cortazar Hopscotch. Seabad yang lalu ini ialah antara novel cult paling terkenal dari Amerika Latin. Sekarang, tidak dinafikan lagi, ia sudah masuk ke dalam kabinet karya klasik. Tetapi itulah masalahnya (serta kerisauan saya): benda yang disimpan di dalam kabinet selalunya akan perlahan-lahan menjadi fosil muzium yang berkarat.

Barangkali ia tidak boleh disimpan di situ kalau kita ingin sebuah karya klasik terus dibaca. Atau ia tidak patut pun menjadi klasik? Buku di zaman sekarang, saya fikir, harus dibiarkan gelandangan: martabatnya harus diturunkan supaya ada pembaca yang murah hati untuk mengambilnya pulang dan dijadikan anak angkat.

Bukankah itu lebih baik daripada membiarkan sebuah buku terhapus di bawah timbunan karya-karya yang kita anggap sebagai klasik dan bernilai?
  

Comments

Popular Posts