Sejumlah Blurb Nukilan John Updike


Blurb. Mudah untuk dibaca dan mudah untuk meraguinya. Ia adalah tukang sorak kepada buku-buku best-seller! ( ini ialah raja kepada semua jenis blurb). Dan ia adalah salah satu umpan penerbit - selain membuat illustrasi cantik - untuk menjual produk mereka kepada pembaca.

Blurb selalunya ialah topeng tanpa wajah. Pakaian tanpa tubuh. Kulit tanpa isi. Dan kadang-kadang ia menyelewangkan fakta sebenar ( masih ingat blurb novel Saman?).

Blurb adalah bias. Ia mempunyai agenda tersendiri. Dalam kata lain, blurb adalah suara politik. Ia ingin memenangi undi pembaca. 

Blurb ialah lanjutan tradisi pemujaan berhala di zaman tamadun purba. Kita boleh bayangkan kulit depan dan belakang sebuah buku sebagai pentas pengorbanan nyawa di punca sebuah zigurat. Berhala tidak inginkan kritikan dan kebenaran sebagai bayaran: ia inginkan sebanyak mungkin pujian tidak berguna. Tahun lepas, misalnya, pemujaan berhala paling ekstrem dan absurd telah dilakukan oleh Philip Roth terhadap kumpulan esei Jonathan Franzen. Roth menyebut Franzen sebagai novelis terbaik untuk generasi  selepasnya.

Aneh juga Roth boleh cakap begini kerana di tempat lain Roth selalu menegaskan yang dia tidak lagi membaca karya-karya generasi baharu. Salah siapa sebenarnya? Roth sendiri, atau blurb yang telah memanipulasikan kata-katanya?

Ada penulis, nampaknya, yang suka menulis blurb sebagai suatu seni. Orang ini, kita boleh bayangkan, menulis blurb sama seperti seorang penyair menulis puisi pendek. Cuba tarik turun beberapa buah buku yang ada di rak anda, dan lihat nama-nama yang muncul di kulit buku: Junot Diaz, Jonathan Franzen, Jonathan Lethem, Zadie Smith, Ali Smith, Salman Rushdie, John Banville. Lebih awal daripada mereka ialah John Updike. 

Kita sudah tahu Updike ialah penulis yang sangat prolifik. Namun pernahkah kita terfikir yang blurb pun akan termasuk sebagai koleksi karya-karya hebatnya? Ia memang telah berlaku. Buku itu berjudul The Collected Blurbs of John Updike.  

Kalau kesusasteraan itu memerlukan seorang pengurus untuk agensi jualan langsungnya, maka John Updike ialah orang pertama yang patut hantar resume. Dia bukan saja layak, dia lebih daripada layak. Suara Updike dalam setiap blurb yang ditulisnya membuat kita terbayangkan Rabbit Angstrom yang menjual kereta Toyota dalam novel Rabbit is Rich. Ia membuat kita terbayangkan seorang penulis yang kaya dengan kata-kata dan sedang berdiri di puncak gunung untuk menjual kata-katanya kepada kita. Ia juga membuat kita risau dan bimbang akan kekayaan itu tadi, kerana, apabila ia hadir secara berlebihan, kata-kata menjadi polos dan murahan. Lantas dalam sejumlah blurb yang indah itu, akan ada beberapa yang bunyi seperti ditampal oleh penerbit bagi tujuan jualan, dan bukan sebab estetika.

Kita mula dengan yang indah dan enak dibaca dahulu:

"Saramago has the gift of gab. Our impression is of a writer, like Faulkner, so confident of his resources and ultimate destination that he can bring any impossibility to life by hurling words at it." 
- John Updike, untuk novel Jose Saramago berjudul The Double

"An insistently metaphysical mind-bender."
- John Updike, untuk novel Haruki Murakami berjudul Kafka on the Shore

"A major work... conscience-ridden and carefully wrought, tonic in its scope, candor, and humor.. with suspense at every dimpled vortex... Pamuk [is Turkey] most likely candidate for the Nobel Prize."
- John Updike, untuk novel Orhan Pamuk berjudul Snow

"Alan Hollinghurst writes beautifully. His eye for nature is keen and tender, his sense of weather, both inner and outer, strong. He has an architect’s feeling for dĆ©cor and for the pathos of the sturdy buildings that our moods fit through….The psychologies of his numerous heroes are shrewdly traced, most revealing in those intervals when each is alone."
- John Updike untuk novel Allan Hollinghurst berjudul The Spell

"The garden next door to reality is art, and…there is no denying Donoso’s essential point: it takes imagination to live as well as to write."
- John Updike, untuk novel Jose Donoso berjudul The Garden Next Door

"Nabokov writes prose the only way it should be written, that is, ecstatically."
- John Updike, untuk novel Vladimir Nabokov berjudul The Enchanter.

Updike mengenali novel apabila dia menulis tentang novel. Justeru pujian yang diberikan memang kena tepat pada sasaran kerap kalinya. 

Bagaimana kalau ia tersasar? Susah nak kata memandangkan blurb tidak menceritakan keseluruhan apa yang difikirkan oleh seorang penulis. Ia mungkin saja ada di situ untuk menjual buku tersebut.

"Passacaglia…an intense, somber and moving work."
- John Updike, untuk novel Robert Pinget berjudul Passacaglia

"A thoughtful, intricate, ambivalent novel with the reach of greatness in it."
- John Updike, untuk novel Milan Kundera berjudul The Joke

"A marvel"
- John Updike, untuk novel Colm Toibin berjudul The Master

Terlalu mudah dan bunyi seperti kepura-puraan. Tetapi, apapun, ia hanya blurb. Ia tidak mempunyai sebarang kepentingan pun sebenarnya. Walaupun kalau blurb itu mendapat sentuhan ajaib oleh John Updike. Yang lebih penting ialah membaca buku itu sendiri. 


 

Comments

Popular Posts