Roth: Persaraan Seorang Master

78: Roth bertahan lebih lama daripada kebanyakan penulis

"The glory or the merit of certain men consists in writing well; that of others consists in not writing."
- Jean de la Bruyere -

Sesuatu yang tidak ditulis  lebih sukar untuk dibaca daripada apa yang telah ditulis. Lantas apabila Philip Roth memilih untuk bersara pada umur 78 tahun, dia meninggalkan karyanya yang paling besar: kesepian.

Karya Philip Roth datang lewat kepada saya; ia datang ketika saya sudah bersedia untuk menerima secara terbuka penulisan berbentuk realisme. Atau penulisan dalam bentuk pengakuan. Penulisan yang memerlukan kehadiran suara "aku" yang dominan dan menghiburkan. Penulisan yang tidak malu untuk mengambil kehidupan sang pengarang sebagai kunci kepada dunia fiksyen yang bakal diciptakan.

Antara semua novel Philip Roth, The Human Stain ialah yang paling berpengaruh, dan yang paling saya akan ingat, dan yang saya akan bawa dalam mimpi dan renungan sebagai potret kepada wajah kepengarangannya. The Human Stain mungkin tidak sehebat Sabbath's Theater; tapi ia adalah novel yang mengajar saya untuk menulis: novel yang mengajar saya untuk berjalan dan membina kalimat di atas kertas.

(Salahkah untuk kita bermurung dengan seorang penulis Yahudi? Lantaklah; biarkan saya bermurung hari ini!) 

Comments

Popular Posts