Neraka Fiksyen Don DeLelillo


Beranikah kita melihat kebenaran?

Don DeLillo


Peringatan, ini bukan cerita seram. Ini ialah realiti. Dan realiti selalunya lebih menakutkan. Walaupun ia hanya realiti di video atau YouTube. Fakta menakutkan manusia lebih daripada fiksyen.

Dan dunia di belakang lensa kamera ialah tempat neraka diciptakan pada hari ini.

Daripada banyak cerpen (dan mungkin juga novel) saya pernah baca, Videotape ialah antara yang paling menakutkan. Ceritanya pendek saja kalau nak dibandingkan dengan novel Don DeLelillo Underworld. Tetapi membaca setiap kalimat cerpen ini membuat jantung saya rasa dihiris oleh dawai panas. Emosi saya menggigil. Dan intelektualiti saya disalibkan pada pokok.

Seperti rakan senegaranya, Cormac McCarthy, Don DeLilllo ialah penulis dengan visi yang sangat jelas: kedua-dua orang mereka mewakili landskap fiksyen sastera Amerika. Kalau dunia Cormac McCarthy itu ialah padang tandus di sempadan antara alam dan maut. Maka, dunia Don DeLelillo ialah fobia dan teror. Selepas Dostoyevsky dan Franz Kafka, DeLelillo ialah penulis paling berjaya mengukirkan ketakutan manusia moden mendepani budaya dan teknologi ciptaannya.

Dalam Videotape, ketakutan itu ialah pada kuasa media. Mari kita melihat pembukaan cerpen ini:

"It shows a man driving a car. It is the simplest sort of family video. You see a man at the wheel of a medium Dodge.

It just a kid aiming her camera through the rear window of the family car at the windshield of the car behind her.

You know about families and their video cameras. You know how kids get involved, know the camera shows them that every subject is potentially charged, a million things they never see with the unaided eye."

Suara narator ini bunyi seperti seorang pengacara. Dan dia sedang memujuk kita untuk menonton bersamanya. Dia sudah tahu apa kita fikirkan; dia sudah tahu apa kita inginkan; dia sudah tahu apa kita akan lihat. Realiti. Manusia memburu realiti di TV dan video bagai binatang memburu mangsanya. Mindanya dahagakan keganasan.

Narator ini seterusnya memberitahu kita yang video ini ialah video pembunuhan. Tetapi ia bukan sekadar video pembunuhan: ia adalah video yang dirakamkan oleh seorang budak perempuan yang menyangka dia sedang menangkap imej lelaki di stereng pemandu.

Kadang-kadang yang menyeramkan minda kita bukan apa yang kita lihat berlaku pada seseorang; tetapi pengetahuan, dan kesedaran emosi, bahawa kita pernah hadir untuk menyaksikannya. Seperti yang narator cerpen ini mengingatkan kita tentang video pembunuhan itu:

"But there is also an element of suspense. You keep on looking not because you know something is going to happen - of course  you do know something is going to happen and you do look for that reason but you might also keep on looking if you came across this footage for the first time without knowing the outcome. There is a crude power operating here. You keep on looking because things combine to hold you fast - a sense of the random, the amateurish, the accidental, the impending. You don't think of the tape as boring or interesting. It is crude, it is blunt, it is relentless. It is the jostled part of your mind, the film that runs through your hotel brain under all the thoughts you know you're thinking."

Lihat pengulangan yang digunakan beberapa kali oleh Don DeLelillo. Terutama sekali dua kalimat terakhir itu. Rentak dan nadanya bunyi seolah-olah malaikat maut sedang diberikan mikrofon di atas mimbar. 

Dan kita adalah hamba yang bakal dihukum.

Jika saya dapat menghabiskan sekali lagi cerpen ini, mungkin saya akan mengetahui hukuman saya. Tetapi ia terlalu menakutkan untuk dicuba. Kerana ceritanya terlalu menyakinkan untuk disembunyi; dan kebenarannya terlalu tepat untuk dilupakan.

Cerpen penuh Videotape ada di sini

Comments

Popular Posts