Life A User's Manual (Georges Perec)



Kafka, Nabokov, Agatha Christie, Freud, Rabelais, Jules Verne, Jane Austen, Borges, Sterne, Proust, chess, crossword-puzzles, iklan, ramuan membuat krim strawberi, formula matematik, catalog barangan hardware -

Sebut sahaja, apa yang tidak ada dalam novel ini yang sarat dengan aneka permainan gaya bahasa. Memilih untuk membaca Perec ialah seperti memilih untuk naik roller-coaster di Time Square daripada mendengar khutbah Jumaat di Masjid Negara; ialah seperti memilih untuk makan lapan perisa ais-krim di Baskin Robbins daripada makan rojak di kedai mamak; ialah seperti memilih untuk menonton filem David Lynch dan Wong Kar-wai daripada filem Yasmin Ahmad dan Oliver Stone; ialah seperti memilih untuk membaca novel Lewis Carroll dan Sterne daripada membaca novel Faisal Tehrani dan Tolstoy; ialah seperti memilih untuk membaca puisi Edward Lear dan John Ashbery daripada membaca puisi Kemala dan Derek Walcott; ialah seperti memilih untuk terus bermain dalam mimpi daripada hidup dalam realiti, kerana pembaca sudah mendapat realiti yang baru dalam novel ini, pembaca hidup dalam novel Perec.

Tetapi,

Bukan semua pembaca akan suka novel ini seperti bukan semua orang suka membaca novel Tropic of Cancer dan Ulysses; seperti bukan semua orang suka membaca cerpen Roslan Jomel dan Haruki Murakami; seperti bukan semua orang suka berimaginasi dan bermain permainan sastera seorang novelis, seperti Sterne dan Joyce dan Perec, yang kelihatan seperti tidak tahu bagaimana untuk menjadi serius, seperti tidak tahu bagaimana untuk berkhutbah moral dan agama, seperti tidak tahu bagaimana untuk mengajar pembaca tentang kehidupan. Mereka ialah seperti budak-budak nakal dan budak-budak nakal hanya tahu bermain. Kita sahaja yang terlalu dewasa.

Comments

Popular Posts