Blade Runner: Filem Inspirasi




"If one waits for the right time to come before writing, the right time never comes."
-James Russell Lowell, penyair

Seorang penulis yang berbakat tidak pernah kering ideanya. Dia tidak duduk di jendela, dan mengharapkan bulan jatuh ke dalam taman mindanya. Tetapi bulan itu mesti dipancing dengan yakin dan sabar. Salah satu umpan yang saya guna ketika memancing idea ialah filem.


Saya dibesarkan bersama filem. Sebelum adanya VCD, saya menonton video. Filem seperti Aliens, Who Framed Roger Rabbit, Predator, Seniman Bujang Lapuk, dll akan saya ulang tonton berulang-ulang kali. Semasa saya masih di sekolah rendah, ada kedai sewa video berdekatan dengan rumah. Setiap minggu pasti ada dua video yang saya pinjam. Tetapi pengalaman menonton video tidak akan mengatasi pengalaman di panggung wayang - walaupun selepas kemunculan DVD.




Jika diminta pilih filem yang telah mempengaruhi penulisan saya, maka Blade Runner akan saya pilih sebagai nombor satu. Dalam filem ini (adaptasi daripada novel Philip K. Dick, Do Androids Dream of Electric Sheep?), kita akan melihat Los Angeles (2019) bertukar menjadi urban distopia. Langit gelap, asap hitam kilang menyelimuti atmosfera, hujan sepanjang masa, bangunan-bangunan korporat menjadi mercu tanda kekayaan, dan mulut serombong-serombong industri ibarat jantung Los Angeles yang hitam. Apabila kamera membawa kita turun ke dalam masyarakat, kita akan disambut oleh budaya pluralisme. Ikon Barat (Coca-Cola, Budweiser, dll) telah tenggelam dalam aliran ikon Timur (Atari, lampu-lampu neon grafik Jepun, dan iklan Geisha di skrin besar bangunan). Dan apabila kita berjalan bersama kamera di tengah hujan, kita akan berjumpa dengan pak Arab yang menjual ular, orang Cina menjual ikan, dan sami Buddha yang terkinja-kinja di celah-celah trafik manusia. Semua imej ini telah dipersembahkan dengan begitu cantik oleh pengarah filem, iaitu Ridley Scot. Dia telah menggabungkan animasi fiksyen sains dengan noir Hollywood yang gelap, suram, dan misteri.
Menonton filem ini adalah suatu kewajipan bagi mereka yang ingin menulis fiksyen sains.

Comments

Sarah said…
yelah2, nanti saya cari dvdnya :)
saat omar said…
Allahuakbar.. Blade Runner juga filem kegemaran saya. Cuba check myspace saya yang diberi tajuk BLADE RUNNER IS THE BEST MOVIE EVER! hehe..kalau minat filem ini harus tengok latest DVDnya yg diturut disertakan dengan makingnya yang harus ditonton oleh peminat filem ini.

Popular Posts